BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

TUGAS GURU ZAMAN SIBER.....AMANAH yang wajib dilaksanakan




Tugas seorang guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi lebih kepada mendidik. Dalam konteks mendidik inilah perlunya sedikit kekerasan bagi membetulkan sahsiah dan perilaku murid2 yang dewasa ini sudah mencabar tahap kesabaran seorang guru. Memang kalu difikirkan....tindakan merotan murid terbabit satu keterlaluan tetapi kalau difikirkan untuk masa depan dirinya....memang itu satu keperluan.

Sememangnya disiplin anak2 bermula di rumah lagi. Situasi ini membayangkan bahawa murid berkenaan sudah tidak ada disiplin di rumah....apatah lagi di sekolah. Generasi inikah yang kita inginkan untuk mentadbir pada masa akan datang?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya....dan andainya hukuman rotan untuk tujuan mendidik disalahertikan oleh golongan ibu bapa...maka takkan ada lagi satu institusi pendidikan yg dapat mendidik murid menjadi anak yg soleh dan solehah...dan kesannya sendiri akan dirasai oleh golongan ibu bapa yg selalu memenangkan anaknya dalam serba hal.


Menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tidak berguna...tindakan seorang guru merotan anak didiknya adalah semata utk membentuk sahsiah dan peribadi yang unggul dalam diri anak muridnya dan tak lebih dari itu...bukan atas alasan dendam dan cemburi..apatah lagi untuk menagih ucapan terima kasih dari murid yang berjaya hasil dari didikannya...satu persoalan....berapa ramai murid yang berjaya datang ke sekolah berjumpa dengan gurunya untuk mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diberikan. Dan berapa ramai golongan ibu bapa berduyun2 ke rumah guru untuk menghargai jasa guru kepada anak2nya?

Amat lucu kalau nak difikirkan......melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi disalahertikan oleh sesetengah golongan ibu bapa yang mungkin rendah tahap mentalitinya atau paling tinggi tahap mentalitinya...apa yang jelas....menjadi guru ini satu tanggungjawab yang besar kerana guru lah ibu bapa kedua bagi murid2. saya percaya takkan ada satu insan yang bernama guru sanggup melihat anak didiknya gagal dalam kehidupan kerana andainya itu berlaku....guru terbabit akan berasakan dirinya sudah gagal untuk mendidik anak didiknya berjaya dunia dan akhirat...kepada ibu bapa di luar sana...sedarlah dan insaflah bahawa tugas mendidik sudah diserahkan kepada guru pada hari pertama pendaftaran murid2. terima hakikat demi untuk kebaikan anak2 kita bersama. cubalah sekali ibu bapa mendalami perasaan seorang guru...erti kata lain cuba duduk di tempat seorang guru...apa perasaan anda? sanggupkan mengabaikan tanggungjawab yabg diamanahkan andainya kesalahan berlaku di depan mata...ingat...setiap amanah yang dipikul akan dihisab dan dikira secara terperinci kelak. kami guru2 tidak sanggup menerima azab kerana takut dengan gelagat ibu bapa yang suka menyebelahi anak2 wpun keadaannya tidak seberapa.

Cuba fikir dan renungkan...dunia sekarang tidak sama dengan zaman dahulu yang mana guru amat dihormati dan disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat...malah dikatakan "ada keramat" menjadi seorang guru....namun realiti sekarang...guru sering diperlekeh2kan dengan isu yang remeh temeh sehinggakan menjadi seorang guru ibarat menempah pintu neraka kerana tak dapat nak menjalankan amanah yang diberikan sebaik yang mungkin kerana gangguan daripada lapisan masyarakat yang mundur dan terkebelakang dalam meniti arus pemodenan dunia zaman cyber ini......




0 comments: