BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

IBADAH YANG MENAKJUBKAN

Salam....


Baru2 ni semasa aku jln2 kat kedai buku lcct,terpandang la aku sebuah buku yang aku rasa agak menarik...Tajuk buku tu "IBADAH YANG MENAKJUBKAN..AMALAN YANG DICINTAI ALLAH "

Sebelum beli tu aku usha2 dulu isi dalamnya..mcm menarik.Aku pun sambar la satu. Sambil tgu fligt aku yg seterusnya aku duduk2 la baca. Bila baca tajuk pertama tu aku rasa mcm sebak lak..tajuk pertama tu pasal solat.Aku berharap ibadah solat aku selama ini di terima Allah SWT.

Kalo korang nak tau lbh lanjut psl isi kandungan buku tu, aku rasa baik korang baca sendiri dan fahami serta hayati seterusnya amali dalam kehidupan.

Kat sini aku upload gambo kulit buku tu..bukan tujuan promote aku takde share pown ngan syarikat buku tu..hanya nak berkongsi


Monday, January 24, 2011

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH


Satu hal yang membuat hati menjadi lapang dan tenang adalah merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta, melihat, serta menikmati "kitab yang terbentang" ini.


Allah telah berfirman mengenai ciptaan-Nya itu :Lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah {QS. An-Naml: 60}Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sesembahan-sesembah an(mu) selain Allah. {QS. Luqman: 11}
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi". {QS. Yunus: 101}Rabb Kami ada (Rabb) yang telah memberikan kepada sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian Dia memberinya petunjuk. {QS. Thaha: 50)Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. {QS. Al-Mu'minun: 14}

Sunday, January 23, 2011

HUJAN : RAHMAT DARI ALLAH



Pagi tadi ujan turun ngan lebat sekali...org selalu ckp ujan tu rahmat....tul ke?

Seperti yang kita semua maklum, hujan memdatangkan banyak faedah kepada manusia seperti mana yang tertulis didalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 22

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah[30], padahal kamu mengetahui."

Kadang-kadang kita lupa semua dan selalu mengeluh bila hujan kerana menganggu aktivi-aktiviti kita sehari. Bahkan ada yang menyalahkan hujan. Ingat bahawa hujan itu rahmat dari Allah Ta'ala. Sepatutnya kita bersyukur dengan rahmat & pemberianNya.. Jadi, renung-renungkanlah wahai teman-teman ku...

Friday, January 21, 2011

RESEPI AMALAN



Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:meninggalkan yang wajib,mengerjakan yang haram
Dosa pada makhluk:menganiaya diri mereka,menganiaya harta mereka,menganiaya ahli keluarga mereka,menganiaya agama mereka


2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati
3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia – hendaklah zuhud
Manusia – hendaklah diasingkan
Syaitan – hendaklah diperangi
Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah
4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah
Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga
6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya
7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadamentaati Allah yang mengkurniakannya.

Wednesday, January 19, 2011

L.A.W.A.K


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.Wanita itu berkata baginda:


“Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis.


Baginda saw bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan


Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan

melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.


“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”


“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg ***** akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.






Sunday, January 16, 2011

سبحان الله.....الحمد لله......لآاله الا الله .....الله أكبر.....


Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang membaca: “Maha Suci Allah dan aku memujiNya” dalam sehari seratus kali, maka kesalahannya dihapus sekalipun seperti buih air laut.”


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca: Laailaaha illallaah wahdahu laa syariika lahu lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qadiir, sepuluh kali, maka dia seperti orang yang memerdekakan empat orang dari keturunan Ismail.”


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabi-hamdih, subhaanallaahil ‘azhiim.”


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, apabila aku membaca: ‘Subhaanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’. Adalah lebih senang bagiku dari apa yang disinari oleh matahari terbit.”


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Apakah seseorang di antara kamu tidak mampu mendapatkan seribu kebaikan tiap hari?” Salah seorang di antara yang duduk bertanya: “Bagaimana di antara kita bisa memperoleh seribu kebaikan (dalam sehari)?” Rasul bersabda: “Hendaklah dia membaca seratus tasbih, maka ditulis seribu kebaikan baginya atau seribu kejelekannya dihapus.”


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat: Subhaanallaah, Alhamdulillaah, Laa ilaaha illallaah dan Allaahu akbar. Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut.”


Sesungguhnya doa yang terbaik adalah membaca: Alhamdulillaah. Sedang dzikir yang terbaik adalah: Laa Ilaaha Illallaah.”

Saturday, January 8, 2011

TUGAS GURU ZAMAN SIBER.....AMANAH yang wajib dilaksanakan




Tugas seorang guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi lebih kepada mendidik. Dalam konteks mendidik inilah perlunya sedikit kekerasan bagi membetulkan sahsiah dan perilaku murid2 yang dewasa ini sudah mencabar tahap kesabaran seorang guru. Memang kalu difikirkan....tindakan merotan murid terbabit satu keterlaluan tetapi kalau difikirkan untuk masa depan dirinya....memang itu satu keperluan.

Sememangnya disiplin anak2 bermula di rumah lagi. Situasi ini membayangkan bahawa murid berkenaan sudah tidak ada disiplin di rumah....apatah lagi di sekolah. Generasi inikah yang kita inginkan untuk mentadbir pada masa akan datang?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya....dan andainya hukuman rotan untuk tujuan mendidik disalahertikan oleh golongan ibu bapa...maka takkan ada lagi satu institusi pendidikan yg dapat mendidik murid menjadi anak yg soleh dan solehah...dan kesannya sendiri akan dirasai oleh golongan ibu bapa yg selalu memenangkan anaknya dalam serba hal.


Menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tidak berguna...tindakan seorang guru merotan anak didiknya adalah semata utk membentuk sahsiah dan peribadi yang unggul dalam diri anak muridnya dan tak lebih dari itu...bukan atas alasan dendam dan cemburi..apatah lagi untuk menagih ucapan terima kasih dari murid yang berjaya hasil dari didikannya...satu persoalan....berapa ramai murid yang berjaya datang ke sekolah berjumpa dengan gurunya untuk mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diberikan. Dan berapa ramai golongan ibu bapa berduyun2 ke rumah guru untuk menghargai jasa guru kepada anak2nya?

Amat lucu kalau nak difikirkan......melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi disalahertikan oleh sesetengah golongan ibu bapa yang mungkin rendah tahap mentalitinya atau paling tinggi tahap mentalitinya...apa yang jelas....menjadi guru ini satu tanggungjawab yang besar kerana guru lah ibu bapa kedua bagi murid2. saya percaya takkan ada satu insan yang bernama guru sanggup melihat anak didiknya gagal dalam kehidupan kerana andainya itu berlaku....guru terbabit akan berasakan dirinya sudah gagal untuk mendidik anak didiknya berjaya dunia dan akhirat...kepada ibu bapa di luar sana...sedarlah dan insaflah bahawa tugas mendidik sudah diserahkan kepada guru pada hari pertama pendaftaran murid2. terima hakikat demi untuk kebaikan anak2 kita bersama. cubalah sekali ibu bapa mendalami perasaan seorang guru...erti kata lain cuba duduk di tempat seorang guru...apa perasaan anda? sanggupkan mengabaikan tanggungjawab yabg diamanahkan andainya kesalahan berlaku di depan mata...ingat...setiap amanah yang dipikul akan dihisab dan dikira secara terperinci kelak. kami guru2 tidak sanggup menerima azab kerana takut dengan gelagat ibu bapa yang suka menyebelahi anak2 wpun keadaannya tidak seberapa.

Cuba fikir dan renungkan...dunia sekarang tidak sama dengan zaman dahulu yang mana guru amat dihormati dan disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat...malah dikatakan "ada keramat" menjadi seorang guru....namun realiti sekarang...guru sering diperlekeh2kan dengan isu yang remeh temeh sehinggakan menjadi seorang guru ibarat menempah pintu neraka kerana tak dapat nak menjalankan amanah yang diberikan sebaik yang mungkin kerana gangguan daripada lapisan masyarakat yang mundur dan terkebelakang dalam meniti arus pemodenan dunia zaman cyber ini......




Sunday, January 2, 2011

PERIA - BERKATA BENAR WALAU IANYA PAHIT......


Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.


Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin.


Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.


Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.


Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.


Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.