BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

RUMAH BARU

Assalamualaikum..

Kat sini aku nak post la adab2 kalo nak masuk rumah baru...

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


Semoga kediaman kita dijauhi dari penghuni yang tidak diundang..InsyaAllah

Thursday, October 13, 2011

'SITI IMPIAN'

‎9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

... 2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini???????Siti Nurhaliza ????????
















Friday, October 7, 2011

الحب....CINTA...LOVE....

assalamualaikum....

Kata-kata ni aku petik dari majalah yang aku baca tadi.Coz kata-katanya macam best plak
" selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu hatu tidak bole ada 2 cinta..."

Perkataan cinta ini terlalu subjektif. Semua makhluk ada perasaan cinta... tapi bila ada cinta jangan melampau...

cinta utama ialah cinta pada Allah
lepas tu cinta pada Rasul
pastu cinta pada ibubapa
pastu cinta pada diri sendiri
dan baru la cinta pada makhluk

jangan terbalik lak...kerana kadang-kadang kita cinta pada makhluk lebih dari segala-galanya.

cinta pada bunga...bunga akan layu
cinta pada manusia...manusi akan mati
cinta pada Allah ...kekal abadi


Dari Abul-Abbas Sahl bin Sa’d As-Sa’idi rodhiallohu ‘anhu dia berkata:
Seorang laki-laki datang kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkan aku suatu amal, jika aku lakukan akau akan dicintai Alloh dan dicintai oleh manusia. “Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Zuhudlah terhadap dunia, niscaya dicintai Alloh dan zuhud lah terhadap apa yang dimiliki orang lain, niscaya mereka akan mencintaimu”


(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan imam yang lainnya dengan sanad yang shahih)

Wednesday, October 5, 2011

DHUHA

Salam ukhuwwah fillah

Rasulallah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)


Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?

Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila?
Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah SAW menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Bagaimana cara melaksanakannya?


Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha.
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Niat Solat Dhuha:
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Doa:

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang

Wednesday, September 28, 2011

CERITA ORANG NAK PEGI HAJI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

macam sudah agak lama tak update blog aku yang tak seberapa ni...hehheheheh

bukan tak de masa tapi ade penyakit yang melanda...sakit malas

hari ni aku rasa nak tulis pasal ape ye....

merapu je la tp merapu yang berilmiah la

mungkin tak lama bakal-bakal jemaah haji akan berangkat ke kota suci Mekah Al-Mukarramah


bila la pulak akan sampai masa kami...moga dipermudahkan Allah SWT dapat ke sana dalam masa terdekat ini untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah

aku rindu untuk beribadat di rumah Mu Ya Allah



Sesiapa yang berpeluang menjadi tetamu Allah agar dapat menggunakan masa tersebut sebaik mungkin....penuhi masa tersebut dengan ibadah solat,iktikaf,tilawah Al-Quran dsb.

Saturday, August 6, 2011

PUASA vs SOLAT

Salam Ramadhan untuk semua.....

Minggu lepas tgk Al Kuliyyah kat TV3, ada seorang penonton bertanya macamana puaas orang yang tak solat. Jawab panel pada ari tu : dia orang hanya menyembah Ramadhan bukan menyembah Allah ...Nauzubillahi min zaalik. Kat sini aku nak berkongsi tentang perkara tersebut....
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara "batalnya ibadah" dan "ibadah tidak diterima". Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya, namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riya') ataupun dengan memakai pakaian curi.

Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Akan tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT?

Sesungguhnya terdapat banyak hadith yang mengesahkan bahawa puasa sebegini tidak akan diterima. Contohnya, hadith yang berbunyi:


من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه (رواه الجماعة إلا مسلما

Maksudnya lebih kurang: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya"

* Ertinya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit masih lagi mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa. ... Apatah lagi sekiranya dia meninggalkan solat.

Hal yang sama berlaku kepada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat. Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.

Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala, namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat, jika tidak diampunkan oleh Allah Ta'ala.

Maka, sepatutnya kita meletakkan di hadapan mata dan dalam hati kita, firman Allah Ta'ala:


فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره - الزلزلة: 7-8

Mafhumnya: "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)"

* Dalam ayat ini dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan meninggalkan amalan-amalan baik sekalipun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat sekalipun kecil.

Allah SWT berfirman lagi:


من عمل صالحا فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلام للعبيد - فصلت: 46

Mafhumnya: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaNya"

wAllahu a'lam

Rujukan: كتاب الفتاوى من أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام - لفضيلة الشيخ عطية صقر. الجزء الثاني

yang bertanda * , adalah penambahan saya


credit to :
http://sobahicairo.blogspot.com/2008/09/puasa-tapi-tidak-solat.html

Sunday, July 31, 2011

PUASA



Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib).

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia.

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih .

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!”

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin.


viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Semoga puasa kita tahun ini mendapat ganjaran dan diterima di sisi Allah SWT.....InsyaAllah

Saturday, July 30, 2011

RAMADHAN KARIIM

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN LEPAS

Monday, July 18, 2011

Kek Kukus Velvet Hawflakes :: OhResepi.com

Kek Kukus Velvet Hawflakes :: OhResepi.com

bole try raya nanti....

Sunday, July 17, 2011

NISFU SYA'BAN

Salam Nisfu Sya'ban...

Nisfu maksudnya separuh....lagi 15 hari , Ramadhan akan menjenguk. Sudah bersediakah kita ?

Kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.

Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaarak

Wednesday, July 6, 2011

AIR ZAM-ZAM

Alhamdulillah...akhirnya dapat aku merasa air zam-zam terus dari sumbernya. Terasa begitu segar dan dingin, nikmatnya tak boleh diceritakan. Bila-bila masa ketika teringin terus saja minum.Tapi kalo dah dibawa keluar dari MH rasanya memang berbeza apatah lagi kalo dah dibawa keluar dari Mekah ke Malaysia.

Apakah kelebihan air Zamzam?

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. (Hadis)
2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan(Hadis)
3. Air Zamzam menyempurnakan hajat (Hadis)
4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam. (Hadis)
5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan(Hadis)
6. Keharusan berwuduk dan mandi(Hadis)
7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit.(Hadis)
8. Satu-satunya air yang paling bersih dan tidak dicemari.
9. Sunat memberi minum bayi baru lahir dengan air zamzam .

ADAB MINUM AIR ZAM-ZAM

Adab-Adab ketika minum :
1- Di mulai dengan Bismillah.
2- Gunakan tangan kanan jangan guna tangan kiri sesungguhnya syaitan suka pada bahagian kiri.
3 - Jangan minum smbil berdiri (melainkan tiada langsung tempat utk diduduk) sesungguhnya nabi tidak suka.
4 - Minum dengan membuka ruang bibir saja. tidak dengan sebesar-besar mulut.
5 - Minum air dalam keadaan hirup (bibir bertemu bibir).
Supaya kita akan terasa nikmat air masa yang sama kita akan dapat memastikan air yang diminum itu bersih.
Jika air itu sudah basi, kita tidak terlewat untuk berhenti dari meminumnya.
Jika kita minum dalam keadaan tergopoh gapah ia akan memudaratkan kesihatan.
Kerana jika ia tertelan, mungkin air tu sudah tercemar atau terdapat serangga di dalamnya.
6 -Minum dengan tiga kali tegukkan. Sesungguhnya suhu didalam badan lagi panas dari suhu diluar.
Jadi air diteguk sedikit demi sedikit supaya badan tidak terkejut. Tegukkan pertama lebih sedikit dari yang kedua dan ketiga.
7- Disudahi dengan Alhamdullilah.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Friday, July 1, 2011

ISRA' DAN MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Wednesday, June 29, 2011

ISRA' & MIKRAJ

SALAM ISRA' DAN MIKRAJ KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...

Saturday, May 28, 2011

THE JOURNEY



salam....

Esok Insyaallah kami akan balik kampung...seronoknyer rasa. Dan dengan izinNya juga kami akan ke tempat yang sudah lama kami idamkan. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali .

Kat sini aku post la adab-adab dan doa ketika kita nak bermusafir semoga dapat dijadikan panduan Insyaallah.

Mulakan perjalanan dengan doa, semoga selamat semuanya Semoga perjalanan ini memberi manfaat kepada kita


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

ADAB-ADAB MUSAFIR :
1 Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.
Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”

2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.
Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.
Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”

4. Berdoa dalam musafir
Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa
Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.
Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)

6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
















Wednesday, May 18, 2011

RESEPI KE SYURGA

SYURGA...tempat idaman semua umat Islam. Siapa yang tidak mahu ke syurga? Jika soalan ini ditanya kepada seseorang tidak ada seorang pun yang tidak mahu ke syurga. Akan tetapi apa amalan yang boleh membawa kita ke tempat idaman tersebut?

Rasulullah SAW bersabda, "Perbuatan (baik) seseorang tidak akan pernah memasukkannya ke syurga." Mereka (para shahabat) bertanya, "Apakah tidak juga termasuk engkau, wahai Rasulullah?" Beliau SAW menjawab, "Tidak juga aku, kecuali Allah melimpahkanku dengan fadhl dan kasih sayang. (Untuk itu) tetaplah istiqamah (tawassuth) dalam beramal (tidak berlebihan dan tidak juga lalai) dan tetaplah beramal dengan yang termudah (jika kalian tidak mampu melakukan dengan cara yang paling sempurna agar rahmatNya tercurah kepada kalian)." * (HR. Al Bukhari)

Dikisahkan, ada seorang hamba Allah dari kalangan Bani Isra'il yang selalu beribadah kepada Allah selama lima ratus tahun. Ketika hari kiamat tiba Allah berfirman kepadanya, "Wahai hambaku fulan bin fulan,. Masuklah ke dalam syurga dengan rahmatku."


Berikut adalah 40 amalan kecil yang boleh membantu kita untuk membuka pintu surga, di sini ada 40 amalan "ringan" yang sebenarnya berat/besar di pandangan Allah SWT, kebanyakan diambil dari H.r. Bukhari :
1. Bersedekah Susu
2. Menyingkirkan Gangguan dari Jalan
3. Memberi Minum Binatang
4. Menjenguk Orang sakit
5. Mengunjungi Saudara sesama muslim yang sakit
6. Berbuat baik kepada orang lain
7. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah Kemungkaran
8. Berbuat baik kepada orang yang lemah akal
9. Menolong orang yang terzalimi
10. Menahan diri dari menyakiti orang lain
11. Mengatakan kebaikan
12. Bersikap mudah dalam membayar dan meminta hutang
13. Memberikan kemudahan dalam berjual beli
14. Bertoleransi kepada orang lain
15. Membebaskan sisa pembayaran
16. Menutup aib seorang mukmin
17. Mengingati kepada sesama Muslim
18. Mengajarkan beberapa kata (yang berguna) kepada orang lain
19. Menyingkirkan kotoran dan gangguan dari masjid
20. Memasukkan kegembiraan dalam hati seorang mukmin
21. Memulai ucapan salam
22. Menjawab salam
23. Berjabat tangan
24. Mencurahkan nasihat
25. Berterima kasih kepada orang lain
26. Memberikan maaf kepada yang bersalah
27. Mendoakan saudara sesama muslim
28. Mendamaikan dua pihak yang berseteru
29. Mengiringi Jenazah
30. Menghadiri undangan
31. Mendoakan orang yang bersin
32. Senyum di depan seorang muslim
33. Menunjukkan arah kepada orang yang tersesat di jalan
34. membantu seorang tuna netra dan yang buruk penglihatan
35. Bersedekah dengan segelas air
36. Bersedekah dengan seutas tali
37. Bersedekah dengan tali sandal
38. Menghibur orang yang kesepian dan terasing
39. Memberikan tumpangan kepada yang memerlukannya
40. Menjadi juru bicara bagi yang tidak mampu berbicara

Semoga Semua amalan ringan yang disebutkan diatas boleh menjadi amalan luar biasa yang dapat menghantarkan kita ke dalam surga. Namun, semua itu kembali lagi kepada ikhlas atau tidaknya niat kita. Jika tidak, amalan tersebut akan menjadi amalan ringan dan yang biasa saja.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru untuk semua guru diseluruh Malaysia

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat digalas dengan sempurna

Saturday, May 7, 2011

MAK, KAULAH SEGALANYA....



Salam...

Ibu, Umi, Emak, Mama, Mummy...macam2 lagi panggilan untuk seorang wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja hatta nyawa mereka semata-mata untuk anak mereka. Persoalannya sanggupkah 10 oarang anak melakukan pengorbanan yang sama untuk ibu mereka? Tepuk dada tanyalah iman.


Syurga dibawah tapak kaki ibu...begitu tinggi kedudukan seorang ibu sehingga Allah tidak akan meredhai kita jika ibu tidak meredhai kita. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa selama itu juga, kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan kita terhadap Maha Pencipta sepertimana kisah Alqamah pada zaman Rasulullah, kisah si Tanggang dan Malin kundang di Nusantara


Aku juga mempunyai seorang ibu dan aku terpaksa berjauhan dengannya kerana amanah yang perlu aku galas . Setiap hari aku berdoa semoga suatu hari nanti aku dapat bersama ibuku untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Walaupuan aku tahu aku mungkin tidak dapat membalas segala pengorbanannya untuk ku. Ya Allah berikanlah aku kesempatan ini.

Bukan harta benda bertimbun-timbun serta segunung emas yang si ibu itu mahukan agar jasa dan baktinya dikenang serta dibalas.Tapi, cukuplah bagi mereka sedikit perhatian dan belaian kasih daripada anak kesayangan mereka di saat usia senja mereka. Saat ini perlakuan orang tua akan kembali ke alam kanak-kanak, di mana mereka amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang sepertimana anak-anak kecil perlukan.

Perlu kita muhasabah diri, bilakah kali terakhir kita menanyakan khabar berita dari ibu, bilakah kali terakhir kita mencium, memeluk mesra dan meminta maaf dari ibu? Tapi untuk insan lain, kita rela berkorban masa dan harta demi menjaga hati dan perasaan mereka. Tapi untuk ibu kita yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk melihat kita selamat dunia dan akhirat, apa yang pernah kita lakukan untuk gembirakan hati si ibu ini.

Perbaikilahdirimu anak-anak.“Di saat kau lena, dia berjaga...kau bersenang, dia bekerja...untukmu tiada terbatas...memberi, tidak mahu dibalas...ingin dibinanya untukmu kehidupan yang sempurna...punyai kekuatan jiwa...punyai maruah...leterannya dari rasa luhur...menegur sebelum terlanjur...itulah yang diwarisi...pesan ibu terpahat di hati...beringat-ingatlah...berpesan-pesan untuk kebaikan...marah bukan kebencian...tapi, tanda SAYANG...engkau semakin dewasa...berjiwa merdeka...Sedang dia semakin tua...membilang usia...di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda...




Friday, May 6, 2011

TEMAN KE SYURGAWI


Salam....

Perkahwinan adalah sunnah Nabi. Barangsiapa yang tidak ingin hidup berpasangan, Nabi tidak akan mengaku sebagai umatnya. Nauzibillahi min zaalik

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.



Khas untuk bacaan lelaki-lelaki di luar sana....nanti ader post untuk pompuan plak . Insyaallah

Sunday, May 1, 2011

TAKDE BENDA NAK POST.........HHEHEHEHEH

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA


KERJA ADALAH SATU IBADAH


LAKUKAN DENGAN HATI YANG IKHLAS


LILLAHI TAALA......

Saturday, April 30, 2011

BERHIAS CARA ISLAM

Salam....
Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Tapi bila berhias tu jangan la melebih-lebih pulak. Ikutilah apa yang telah disarankan oleh Islam.


Adab Memotong Kuku
a. Berniat kerana ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
c. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk tangan kanan, diikuti denganjari tengah, jari manis dan jari kelingking.
d. Kemudian dipotong pula kuku jari kelingking tangan kiri, seterusnya jarimanis, jari tengah, jari telunjuk, diikuti dengan ibu jari tangan kiri.
e. Di akhiri dengan ibu jari tangan kanan.
f. Bagi kuku kaki, mulakan dengan memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dengan kuku jarikelingking kaki kiri.

Adab Memakai Serban
a. Berniat ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Gulungkan kain serban dengan kemas.
c. Sunat memakai serban sambil berdiri.
d. Menjulurkan ekor serban sama ada di belakang atau di bahu kanan.
e. Panjang ekor serban tidak kurang dari empat jari dan tidak lebih dari 1 hasta.
f. Sunat memakai warna putih, hijau atau hitam.
g. Sederhana besarnya.


PAKAIAN MENGIKUT SUNNAH

Lelaki
1.Memakai gamis atau jubah.
Dari Abu Daud At Tarmizi, Ummu Salamah r.ha berkata: "Pakaian yang amat disukai Rasulullah adalah gamis."
2.Menutup kepala dan dililitkan serban. Kata Rukanah, Rasulullah SAW bersabda: "Bezanya orang kita orang Islam dengan orang musyrik ialah serban dililit di atas kopiah."
3.Memakai seluar dan kain. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:" Kamu pakailah seluar dan kain sarung dan bezakan kelakuan kamu dengan ahli kitab."


Wanita
1.Memakai jilbab yakni pakaian labuh menutup seluruh badan.
2.Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan dan begitulah sebaliknya.
3.Sebaik-baik pakaian adalah mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT maksudnya:
" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka, yang demikian itu supaya mereka mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.




Thursday, April 28, 2011

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran



salam ukhuwwah...

artikel ni aku amik kat http://www.isuhangat.net/2011/04/reaksi-syaitan-jika-membaca-alquran/

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.



Semoga kita sama-sama menjadi hambaNya yang sentiasa beramal dan menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karib....INSYAALLAH


Sunday, April 24, 2011

MAKHLUK HALUS

Salam sahabat-sahabat sekalian...
Bertemu kita kembali...ari ni aku nak tulis pasal benda-benda halus.Diorang memang wujud kat atas dunia, cuma kita je tak leh tengok ngan mata kasar kita. Kalo tengok drama dan filem melayu sekarang ni banyak buat pasal makhluk halus ni .



sekadar gambar hiasan

Ada macam-macam nama kita panggil..antu galah,antu raya,antu pocong dan yang terkini antu kak limah balik rumah hehehhehe.Walau macam-macam nama mereka datang dari jenis yang sama iaitu jin. Kejadian kita lebih baik dari jin, tapi mengapa kita nak jadikan mereka tuan kita . Nauzubillahi min zaalik...


Jadi kat sini aku postkan tanda-tanda kita terkena gangguan jin yang aku ambik kat satu blog....http://darussalam.net.my/



TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR
1-Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
2-Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
3-Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak sanggup.
4-Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
5-Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjng, unta, singa, serigala, dan tikus.
6-Gigi geraham berbunyi pada waktu malam...( biasa jugak ni..gangguan jin ke ....seriau..)
7-Perasaan sedih ketika tidur.
8-Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9-Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10-Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
11-Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
12-Mimpi melihat hantu.



TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR

1-Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2-Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
3-Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
4-Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
5-Saraf yang tersumbat.
6-Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya


Sekiranya terdapat tanda-tanda tu pada diri kita, carila pengamal perubatan islam jgn cari bomoh siam nnt terpesong akidah plak.








Friday, April 1, 2011

CEMERLANG


Sempena minggu exam ni marilah sama-sama kita teliti beberapa tips berikut . Mudah-mudahan usaha yang sedikit itu membuahkan hasil yang lumayan .



TIPS PELAJAR CEMERLANG

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa :

Kita ingat 10% apa yang dibaca

Kita ingat 20% apa yang didengar

Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat

Kita ingat 70% apa yang dicakapkan

Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.


Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Taat kepada Allah.

Mendirikan Sembahyang.

Menghormati kedua ibu bapa.

Hormati dan sayangi guru.

Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.

Suka pada setiap mata pelajaran.

Membantu rakan yang memerlukan.

Berdoa dan bersyukur kepada Allah.

Sentiasa bertawakal.

Mahir dalam setiap mata pelajaran.



Thursday, March 17, 2011

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA......


Selagi kita bernama manusia dan masih bernyawa di atas muka bumi ini, kita tak kan lepas dari menerima dugaan dari Ilahi. Dugaan yang diberikan Allah datang dari pelbagai bentuk...kebahagiaan, kekayaan, kesihatan.....kedukaan, kematian, kesusahan.......semua itu bertujuan untuk menguji keimanan seseorang.

Orang cakap kalo kita diuji dengan ujian yang hebat itu tandanya Allah sayang kat kita..tak tau la betul atau tidak pendapat tu...

Allah menguji hambaNya selayak dengan kekuatan hambaNya menerima dugaan tersebut.
Kat sini aku nak kongsi le artikel yang aku penah baca untuk renungan kita bersama....

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’Yes, certainly the Help of Allah is near!”[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)


Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)


Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”(Surah Yusuf ayat 12)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”(Quran 23:115):

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..(alqasas:24)


Ustazah aku penah pesan....bila dapat nikmat..syukur alhamdulillah
bila diduga..redha dan sabar

semoga kita semua dapat menjalani kehidupan ini dengan redha ILAHI....

Monday, March 7, 2011

BERTUDUNG : TETAPI SEKSI


Tu la tajuk WHI bertarikh 07032011...

kalo ditengok pada tajuk memang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini terutama kepada remaja-remaja Islam.Dah cantik bertudung tetapi....baju sendat,seluar ketat, nampak pusat...Sekiranya ingin menutup aurat biarlah selaras dengan kehendak syarak.


Aurat dalam bahasa Arab bermakna keburukan manusia, atau cela atau kekurangan, manakala menurut syari’ah didefinisikan sebagai apa-apa yang diwajibkan untuk ditutupi dan diharamkan untuk dipandang oleh mereka yang bukan muhrim :)

Aurat dalam sudut bahasa pula ialah, kita akan terasa malu dan amat untuk mendedahkan aurat kita kepada orang lain yang bukan muhrim dengan kita.

Kesimpulannya, jelas bahawa aurat ialah sesuatu yang buruk, kenapalah kita bangga untuk pamerkan kepada orang ramai, maka sewajarnya kita tutup sahaja anggota itu dengan kemas. Jika baju buruk kita bakar, buku buruk kita buang, bahagian badan kita yang buruk sepatutnya kita sembunyikan :)


Bahagian Mana Aurat kita sebagai Wanita

Sesungguhnya seluruh badan wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrin kecuali tapak tangan [ ada hadis yang menyatakan bahawa muka juga aurat dan ada juga sebaliknya, tapi kita mengambil pendekatan contoh pakaian-pakaian isteri rasulullah, mereka semua pakai berpurdah, maka hadis ini adalah sahih, dan muka wanita memang tergolong dalam aurat, namun selagi muka kita tidak mendatangkan fitnah pada yang melihat, kita tidak wajib mengenakan purdah,malah dapat pahala jika memakainya, namun jika sebaliknya, iaitu ada lelaki yang sanggup bergaduh kerana terpegun dengan keindahan muka kita, maka sudah jatuh hukum wajib untuk kita mengenakan purdah :) ]


Penjagaan Aurat Wanita

"janganlah kamu berpakaian tapi seolah-olah kamu bertelanjang, janganlah kamu sengaja naikkan tocang rambut kamu seumpama macam ekor kuda, janganlah kamu memakai wangian yang wangi sehingga membuatkan mereka yang menghidunya memandangmu"..sesungguhnya mereka yang begini akan diterima azab yang pedih diakhirat kelak.


Isu Kening,pemakaian Stoking, BAju Nipis, Pakai Gelang Kaki, suara yang mendayu ketika berbicara dan sebagainya yang amat di gemari dilakukan oleh remaja islam pada hari ini haruslah berbalik kepada agama kita sendiri. janganlah hanya kerana mengikut trend agama kita tolak ketepi. janganlah hanya kerana nak bergaya dan berhias semua ditarah dan dibuang...berhias itu tidak salah, tapi berhiasalah kamu hanya untuk suami kamu, cantik itu tidak salah, kerana ALLAH maha CANTIK dan amat suka akan kecantikkan :)


janganlah kita sibuk bercakap tentang hukum islam, jangan kita asyik bercakap tentang pemakaian islam, jika kita sendiri pun rambut tertonjol keluar, buah dada boleh nampak lurah, punggung boleh nampak bulat-bulat :P, biarlah kita menjadi manusia yang bila bercakap memang serupa bikin :)

Tuesday, March 1, 2011

KEJADIAN ALLAH BUKAN SIA-SIA

Sekiranya kita memerhatikan disekeliling kita, wah !!!!betapa hebat ciptaan Allah SWT. Begitu banyak sehingga tak terkira dengan jari kita samada jari tangan atau jari kaki . Perlu difahami juga semua ciptaan Allah ini ada dia punya kelebihan dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia .
Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah ini.

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Allah di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Allah.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf: 179)


Thursday, February 17, 2011

8 CARA MENCINTAI INSAN AGUNG NABI MUHAMMAD SAW...




Salam...

Sempena dengan bulan RabbiulAwwal ni semua orang memperkatakan tentang sayang Nabi, Rindu Nabi , Cinta nabi, sibuk dengan majlis perarakan dan sebagainya, tetapi apa yang kita lakukan adakah seperti yang kita lafazkan??. Adakah menepati dengan kehendak Islam yang sebenar dalam membuktikan cinta dan rindu?

Kadang-kadang kita kata sayang dan rindu tapi kita pun tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang dan rindu tu. Apakah caranya, menyayangi insan mulia yang telah lama meninggalkan kita dengan meninggalkan wasiat yang cukup besar mukjizatnya. So, disini lanun nak kongsikan bagaimana caranya kita mencintai Rasulullah SAW.




Ikuti Penjelasan Dibawah :

Mencintai Nabi saw satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.

Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya

Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:-

1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim

2. memberi makan orang yang susah

3. membantu orang kesempitan

4. menyampaikan hajat muslimin

5. menasihati orang yang lupa


5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:-

1. syirik

2. Menentang sunnahnya

3. berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.


7. Mendampingi penggantinya

1. mendampingi alim ulama

2. mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

Tuesday, February 15, 2011

ADA SESAPER YANG BOLEH BACA

sesaja untuk rehatkan minda.....
I CAN READ IT! CAN YOU? Ada sesiapa yg boleh baca ni?
(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs?
Olny 55 plepoe can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

if you can raed tihs forwrad it

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL



12 Rabiul Awal, tarikh Rasullah SAW dilahirkan, pemimpin bagi umat manusia di atas muka bumi ini .




Sebagai muslim kita bukan sahaja perlu mengingati tarikh kelahiran Baginda Rasulullah tetapi menghayati apa yang telah Rasulullah lakukan untuk kita. Pengorbanannya begitu besar. Rasulullah telah meninggalkan 2 harta yang tiada nilainya untuk kita, Al-Quran dan Al-Sunnah untuk kita jadikan pedoman dan panduan hidup .

Berselawat kepada Rasul, tanda kita rindu dan mengingati Rasul. Ketika akhir hayat Rasul hanya kita umatnya yang sentiasa disebut. Adakah kita begitu juga? Sentiasa menyebut nama Rasulullah?

Salam Maulidur Rasul....

Tuesday, February 1, 2011

USIA vs MASA



“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”
( Surah Al-Asr : 1-3 )

Sebagai seorang Islam, kita adalah digalakkan mengambil tahu dan merenungkan perkara umur ini kerana ia ada hubungan dengan kebahagiaan dan masa depan kehidupan kita. Di akhirat nanti, setiap kita akan dipertanggungjawabkan tentang umur kita di hadapan Allah s.w.t.

Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk kita menggunakan umur kita itu dengan berhati-hati dan dengan amalan-amalan yang baik khasnya untuk mencapai Husnul Khatimah iaitu penghabisan umur yang baik. Dan mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaik-baiknya, maka mereka berada di dalam kerugian di dunia dan di akhirat.

'Ulama Islam Imam Ibnu al Jauzi telah membahagikan umur manusia ini menjadi lima masa iaitu:
Pertama : Masa Kanak-kanak - sejak dilahirkan hingga mencapai umur 15 tahun.
Kedua : Masa Muda - dari umur 15 tahun hingga umur 35 tahun.
Ketiga : Masa Dewasa - dari umur 35 tahun hingga umur 50 tahun.
Keempat : Masa Tua - dari umur 50 tahun hingga umur 70 tahun.
Kelima : Masa Usia Lanjut - dari umur 70 tahun hingga akhir umur yang dikurniakan oleh Allah.
Manusia dituntut supaya beribadah seolah-olah kita akan mati keesokan harinya,dan pada masa yang sama bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.Inilah keseimbangan yang perlu dilakukan oleh manusia dalam menuju kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat .

Usah persiakan umur efektif anda.Banyak yang perlukan diberi perhatian kerana pada usia inilah beban kita semakin berat samaada dari segi kerjaya,anak-anak atau penyakit yang mula menjengah....wallahu aklam

Monday, January 31, 2011

IBADAH YANG MENAKJUBKAN

Salam....


Baru2 ni semasa aku jln2 kat kedai buku lcct,terpandang la aku sebuah buku yang aku rasa agak menarik...Tajuk buku tu "IBADAH YANG MENAKJUBKAN..AMALAN YANG DICINTAI ALLAH "

Sebelum beli tu aku usha2 dulu isi dalamnya..mcm menarik.Aku pun sambar la satu. Sambil tgu fligt aku yg seterusnya aku duduk2 la baca. Bila baca tajuk pertama tu aku rasa mcm sebak lak..tajuk pertama tu pasal solat.Aku berharap ibadah solat aku selama ini di terima Allah SWT.

Kalo korang nak tau lbh lanjut psl isi kandungan buku tu, aku rasa baik korang baca sendiri dan fahami serta hayati seterusnya amali dalam kehidupan.

Kat sini aku upload gambo kulit buku tu..bukan tujuan promote aku takde share pown ngan syarikat buku tu..hanya nak berkongsi


Monday, January 24, 2011

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH


Satu hal yang membuat hati menjadi lapang dan tenang adalah merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta, melihat, serta menikmati "kitab yang terbentang" ini.


Allah telah berfirman mengenai ciptaan-Nya itu :Lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah {QS. An-Naml: 60}Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sesembahan-sesembah an(mu) selain Allah. {QS. Luqman: 11}
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi". {QS. Yunus: 101}Rabb Kami ada (Rabb) yang telah memberikan kepada sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian Dia memberinya petunjuk. {QS. Thaha: 50)Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. {QS. Al-Mu'minun: 14}

Sunday, January 23, 2011

HUJAN : RAHMAT DARI ALLAH



Pagi tadi ujan turun ngan lebat sekali...org selalu ckp ujan tu rahmat....tul ke?

Seperti yang kita semua maklum, hujan memdatangkan banyak faedah kepada manusia seperti mana yang tertulis didalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 22

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah[30], padahal kamu mengetahui."

Kadang-kadang kita lupa semua dan selalu mengeluh bila hujan kerana menganggu aktivi-aktiviti kita sehari. Bahkan ada yang menyalahkan hujan. Ingat bahawa hujan itu rahmat dari Allah Ta'ala. Sepatutnya kita bersyukur dengan rahmat & pemberianNya.. Jadi, renung-renungkanlah wahai teman-teman ku...

Friday, January 21, 2011

RESEPI AMALAN



Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:meninggalkan yang wajib,mengerjakan yang haram
Dosa pada makhluk:menganiaya diri mereka,menganiaya harta mereka,menganiaya ahli keluarga mereka,menganiaya agama mereka


2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati
3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia – hendaklah zuhud
Manusia – hendaklah diasingkan
Syaitan – hendaklah diperangi
Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah
4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah
Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga
6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya
7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadamentaati Allah yang mengkurniakannya.

Wednesday, January 19, 2011

L.A.W.A.K


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.Wanita itu berkata baginda:


“Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis.


Baginda saw bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan


Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan

melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.


“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”


“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg ***** akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.






Newer Posts Older Posts Home