BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA......


Selagi kita bernama manusia dan masih bernyawa di atas muka bumi ini, kita tak kan lepas dari menerima dugaan dari Ilahi. Dugaan yang diberikan Allah datang dari pelbagai bentuk...kebahagiaan, kekayaan, kesihatan.....kedukaan, kematian, kesusahan.......semua itu bertujuan untuk menguji keimanan seseorang.

Orang cakap kalo kita diuji dengan ujian yang hebat itu tandanya Allah sayang kat kita..tak tau la betul atau tidak pendapat tu...

Allah menguji hambaNya selayak dengan kekuatan hambaNya menerima dugaan tersebut.
Kat sini aku nak kongsi le artikel yang aku penah baca untuk renungan kita bersama....

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’Yes, certainly the Help of Allah is near!”[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)


Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)


Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”(Surah Yusuf ayat 12)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”(Quran 23:115):

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..(alqasas:24)


Ustazah aku penah pesan....bila dapat nikmat..syukur alhamdulillah
bila diduga..redha dan sabar

semoga kita semua dapat menjalani kehidupan ini dengan redha ILAHI....

Monday, March 7, 2011

BERTUDUNG : TETAPI SEKSI


Tu la tajuk WHI bertarikh 07032011...

kalo ditengok pada tajuk memang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini terutama kepada remaja-remaja Islam.Dah cantik bertudung tetapi....baju sendat,seluar ketat, nampak pusat...Sekiranya ingin menutup aurat biarlah selaras dengan kehendak syarak.


Aurat dalam bahasa Arab bermakna keburukan manusia, atau cela atau kekurangan, manakala menurut syari’ah didefinisikan sebagai apa-apa yang diwajibkan untuk ditutupi dan diharamkan untuk dipandang oleh mereka yang bukan muhrim :)

Aurat dalam sudut bahasa pula ialah, kita akan terasa malu dan amat untuk mendedahkan aurat kita kepada orang lain yang bukan muhrim dengan kita.

Kesimpulannya, jelas bahawa aurat ialah sesuatu yang buruk, kenapalah kita bangga untuk pamerkan kepada orang ramai, maka sewajarnya kita tutup sahaja anggota itu dengan kemas. Jika baju buruk kita bakar, buku buruk kita buang, bahagian badan kita yang buruk sepatutnya kita sembunyikan :)


Bahagian Mana Aurat kita sebagai Wanita

Sesungguhnya seluruh badan wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrin kecuali tapak tangan [ ada hadis yang menyatakan bahawa muka juga aurat dan ada juga sebaliknya, tapi kita mengambil pendekatan contoh pakaian-pakaian isteri rasulullah, mereka semua pakai berpurdah, maka hadis ini adalah sahih, dan muka wanita memang tergolong dalam aurat, namun selagi muka kita tidak mendatangkan fitnah pada yang melihat, kita tidak wajib mengenakan purdah,malah dapat pahala jika memakainya, namun jika sebaliknya, iaitu ada lelaki yang sanggup bergaduh kerana terpegun dengan keindahan muka kita, maka sudah jatuh hukum wajib untuk kita mengenakan purdah :) ]


Penjagaan Aurat Wanita

"janganlah kamu berpakaian tapi seolah-olah kamu bertelanjang, janganlah kamu sengaja naikkan tocang rambut kamu seumpama macam ekor kuda, janganlah kamu memakai wangian yang wangi sehingga membuatkan mereka yang menghidunya memandangmu"..sesungguhnya mereka yang begini akan diterima azab yang pedih diakhirat kelak.


Isu Kening,pemakaian Stoking, BAju Nipis, Pakai Gelang Kaki, suara yang mendayu ketika berbicara dan sebagainya yang amat di gemari dilakukan oleh remaja islam pada hari ini haruslah berbalik kepada agama kita sendiri. janganlah hanya kerana mengikut trend agama kita tolak ketepi. janganlah hanya kerana nak bergaya dan berhias semua ditarah dan dibuang...berhias itu tidak salah, tapi berhiasalah kamu hanya untuk suami kamu, cantik itu tidak salah, kerana ALLAH maha CANTIK dan amat suka akan kecantikkan :)


janganlah kita sibuk bercakap tentang hukum islam, jangan kita asyik bercakap tentang pemakaian islam, jika kita sendiri pun rambut tertonjol keluar, buah dada boleh nampak lurah, punggung boleh nampak bulat-bulat :P, biarlah kita menjadi manusia yang bila bercakap memang serupa bikin :)

Tuesday, March 1, 2011

KEJADIAN ALLAH BUKAN SIA-SIA

Sekiranya kita memerhatikan disekeliling kita, wah !!!!betapa hebat ciptaan Allah SWT. Begitu banyak sehingga tak terkira dengan jari kita samada jari tangan atau jari kaki . Perlu difahami juga semua ciptaan Allah ini ada dia punya kelebihan dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia .
Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah ini.

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Allah di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Allah.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf: 179)