BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 28, 2011

THE JOURNEY



salam....

Esok Insyaallah kami akan balik kampung...seronoknyer rasa. Dan dengan izinNya juga kami akan ke tempat yang sudah lama kami idamkan. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali .

Kat sini aku post la adab-adab dan doa ketika kita nak bermusafir semoga dapat dijadikan panduan Insyaallah.

Mulakan perjalanan dengan doa, semoga selamat semuanya Semoga perjalanan ini memberi manfaat kepada kita


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

ADAB-ADAB MUSAFIR :
1 Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.
Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”

2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.
Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.
Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”

4. Berdoa dalam musafir
Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa
Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.
Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)

6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
















Wednesday, May 18, 2011

RESEPI KE SYURGA

SYURGA...tempat idaman semua umat Islam. Siapa yang tidak mahu ke syurga? Jika soalan ini ditanya kepada seseorang tidak ada seorang pun yang tidak mahu ke syurga. Akan tetapi apa amalan yang boleh membawa kita ke tempat idaman tersebut?

Rasulullah SAW bersabda, "Perbuatan (baik) seseorang tidak akan pernah memasukkannya ke syurga." Mereka (para shahabat) bertanya, "Apakah tidak juga termasuk engkau, wahai Rasulullah?" Beliau SAW menjawab, "Tidak juga aku, kecuali Allah melimpahkanku dengan fadhl dan kasih sayang. (Untuk itu) tetaplah istiqamah (tawassuth) dalam beramal (tidak berlebihan dan tidak juga lalai) dan tetaplah beramal dengan yang termudah (jika kalian tidak mampu melakukan dengan cara yang paling sempurna agar rahmatNya tercurah kepada kalian)." * (HR. Al Bukhari)

Dikisahkan, ada seorang hamba Allah dari kalangan Bani Isra'il yang selalu beribadah kepada Allah selama lima ratus tahun. Ketika hari kiamat tiba Allah berfirman kepadanya, "Wahai hambaku fulan bin fulan,. Masuklah ke dalam syurga dengan rahmatku."


Berikut adalah 40 amalan kecil yang boleh membantu kita untuk membuka pintu surga, di sini ada 40 amalan "ringan" yang sebenarnya berat/besar di pandangan Allah SWT, kebanyakan diambil dari H.r. Bukhari :
1. Bersedekah Susu
2. Menyingkirkan Gangguan dari Jalan
3. Memberi Minum Binatang
4. Menjenguk Orang sakit
5. Mengunjungi Saudara sesama muslim yang sakit
6. Berbuat baik kepada orang lain
7. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah Kemungkaran
8. Berbuat baik kepada orang yang lemah akal
9. Menolong orang yang terzalimi
10. Menahan diri dari menyakiti orang lain
11. Mengatakan kebaikan
12. Bersikap mudah dalam membayar dan meminta hutang
13. Memberikan kemudahan dalam berjual beli
14. Bertoleransi kepada orang lain
15. Membebaskan sisa pembayaran
16. Menutup aib seorang mukmin
17. Mengingati kepada sesama Muslim
18. Mengajarkan beberapa kata (yang berguna) kepada orang lain
19. Menyingkirkan kotoran dan gangguan dari masjid
20. Memasukkan kegembiraan dalam hati seorang mukmin
21. Memulai ucapan salam
22. Menjawab salam
23. Berjabat tangan
24. Mencurahkan nasihat
25. Berterima kasih kepada orang lain
26. Memberikan maaf kepada yang bersalah
27. Mendoakan saudara sesama muslim
28. Mendamaikan dua pihak yang berseteru
29. Mengiringi Jenazah
30. Menghadiri undangan
31. Mendoakan orang yang bersin
32. Senyum di depan seorang muslim
33. Menunjukkan arah kepada orang yang tersesat di jalan
34. membantu seorang tuna netra dan yang buruk penglihatan
35. Bersedekah dengan segelas air
36. Bersedekah dengan seutas tali
37. Bersedekah dengan tali sandal
38. Menghibur orang yang kesepian dan terasing
39. Memberikan tumpangan kepada yang memerlukannya
40. Menjadi juru bicara bagi yang tidak mampu berbicara

Semoga Semua amalan ringan yang disebutkan diatas boleh menjadi amalan luar biasa yang dapat menghantarkan kita ke dalam surga. Namun, semua itu kembali lagi kepada ikhlas atau tidaknya niat kita. Jika tidak, amalan tersebut akan menjadi amalan ringan dan yang biasa saja.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru untuk semua guru diseluruh Malaysia

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat digalas dengan sempurna

Saturday, May 7, 2011

MAK, KAULAH SEGALANYA....



Salam...

Ibu, Umi, Emak, Mama, Mummy...macam2 lagi panggilan untuk seorang wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja hatta nyawa mereka semata-mata untuk anak mereka. Persoalannya sanggupkah 10 oarang anak melakukan pengorbanan yang sama untuk ibu mereka? Tepuk dada tanyalah iman.


Syurga dibawah tapak kaki ibu...begitu tinggi kedudukan seorang ibu sehingga Allah tidak akan meredhai kita jika ibu tidak meredhai kita. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa selama itu juga, kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan kita terhadap Maha Pencipta sepertimana kisah Alqamah pada zaman Rasulullah, kisah si Tanggang dan Malin kundang di Nusantara


Aku juga mempunyai seorang ibu dan aku terpaksa berjauhan dengannya kerana amanah yang perlu aku galas . Setiap hari aku berdoa semoga suatu hari nanti aku dapat bersama ibuku untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Walaupuan aku tahu aku mungkin tidak dapat membalas segala pengorbanannya untuk ku. Ya Allah berikanlah aku kesempatan ini.

Bukan harta benda bertimbun-timbun serta segunung emas yang si ibu itu mahukan agar jasa dan baktinya dikenang serta dibalas.Tapi, cukuplah bagi mereka sedikit perhatian dan belaian kasih daripada anak kesayangan mereka di saat usia senja mereka. Saat ini perlakuan orang tua akan kembali ke alam kanak-kanak, di mana mereka amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang sepertimana anak-anak kecil perlukan.

Perlu kita muhasabah diri, bilakah kali terakhir kita menanyakan khabar berita dari ibu, bilakah kali terakhir kita mencium, memeluk mesra dan meminta maaf dari ibu? Tapi untuk insan lain, kita rela berkorban masa dan harta demi menjaga hati dan perasaan mereka. Tapi untuk ibu kita yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk melihat kita selamat dunia dan akhirat, apa yang pernah kita lakukan untuk gembirakan hati si ibu ini.

Perbaikilahdirimu anak-anak.“Di saat kau lena, dia berjaga...kau bersenang, dia bekerja...untukmu tiada terbatas...memberi, tidak mahu dibalas...ingin dibinanya untukmu kehidupan yang sempurna...punyai kekuatan jiwa...punyai maruah...leterannya dari rasa luhur...menegur sebelum terlanjur...itulah yang diwarisi...pesan ibu terpahat di hati...beringat-ingatlah...berpesan-pesan untuk kebaikan...marah bukan kebencian...tapi, tanda SAYANG...engkau semakin dewasa...berjiwa merdeka...Sedang dia semakin tua...membilang usia...di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda...




Friday, May 6, 2011

TEMAN KE SYURGAWI


Salam....

Perkahwinan adalah sunnah Nabi. Barangsiapa yang tidak ingin hidup berpasangan, Nabi tidak akan mengaku sebagai umatnya. Nauzibillahi min zaalik

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.



Khas untuk bacaan lelaki-lelaki di luar sana....nanti ader post untuk pompuan plak . Insyaallah

Sunday, May 1, 2011

TAKDE BENDA NAK POST.........HHEHEHEHEH

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA


KERJA ADALAH SATU IBADAH


LAKUKAN DENGAN HATI YANG IKHLAS


LILLAHI TAALA......