BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

MENGINGATI MATI


Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar khabar tentang kematian. Kita haruslah mengambil ikhtibar dari setiap kematian kerana ia tidak mengenal umur. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersedia menempuh alam maut.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.
Ciri- ciri mukmin yang mengingati mati:
# berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh
# berlumba-lumba melakukan kebajikan.
# membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak
# takut untuk melakukan kemungkaran
Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.

Thursday, March 18, 2010

BERBAHAGIALAH MENJADI MUSLIMAH

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!
sumber : isuhangat

Sunday, March 14, 2010

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM


1. Roti (khubz)Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
2. Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3. Epal (tuffah)Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
4. Asparagus (hiyawn)Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
5. Pisang (mawz)Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
6. Barli (sya’ir)Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
7. Selasih (manis rayhan)Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
8. Mentega (zubdah)Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
9. Bunga kubis (qunnabit)Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
10. Chamomile (babunaj)Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
11. Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
12. Biji kopi (qahwah)Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
13. Biji hitam (habb al sauda)Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
14. Ayam (dajaj)Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
15. Kulit kayu manis (darchini)Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
16. LimauLimau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
17. Timun (qitta’)Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
18. Jintan putih (kammun)Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
1! 9. Tamar kering (tamr)Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
20. Terung (badhijan)Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
21. Telur (baydah)Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Wednesday, March 10, 2010

Doa ringkas lepas solat

Doa ringkas lepas solat

Thursday, March 4, 2010

DOSA TINGGAL SOLAT


Selalukah anda sengaja tinggal solat? Azabnya sangat lah berat....


Jika sengaja tinggal solat Subuh:

Dicampakkan ke dalam neraka selama 90,000 tahun.....sanggup ke kita?


Jika sengaja tinggal solat Zuhur:

Dosanya ibarat membunuh 1,000 umat Islam....tergamak kah kita?


Jika sengaja tinggal solat Asar:

Dosanya sama dengan kita meruntuhkan Kaabah....Sukakah kita?


Jika sengaja tinggal solat Maghrib:

Dosanya seperti kita berzina dengan ibu/ bapa.....nauzibillah!


Jika sengaja tinggal solat Isyak:

Allah tidak akan redha pada kita.....alangkah ruginya?

Monday, March 1, 2010

FORMULA TO FIND PAGE NUMBER IN QURAN


Would like to share with you a formula for memorizing the Qur'an pages (On a standard size Qur'an - Madina Al Munawwarah).Pay attention carefully; its very easy:-

Qur'an has 30 Juzuus (parts)


Example 1


If you want to know the 5th Juzuu of the Quran is on which page?


Take 5 (the fifth juzuu) 5-1 = 4, the answer 4 x 2 = 8 then insert 2 after 8 which shows 82

Now look at the Quraan and you will see The 5th Juzuu begins on page 82


Example 2


10th Juzuu 10-1 = 9, the answer 9 x 2 = 18 then insert 2 after 18which shows 182

Now look at the Quraan, you will see the 10th Juzuu begins on page 182.


Example 3


Juzuu 23, 23-1 = 22, the answer 22 x 2 = 44 then insert 2 after 44which shows 442

Now look at the Quraan, you will see the 23rd Juzuu begins on page 442.


Moreover, the Juzuu starts from the top of the pages & ends on the bottom of the pages


Subhana ALLAH!