BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 6, 2011

PUASA vs SOLAT

Salam Ramadhan untuk semua.....

Minggu lepas tgk Al Kuliyyah kat TV3, ada seorang penonton bertanya macamana puaas orang yang tak solat. Jawab panel pada ari tu : dia orang hanya menyembah Ramadhan bukan menyembah Allah ...Nauzubillahi min zaalik. Kat sini aku nak berkongsi tentang perkara tersebut....
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara "batalnya ibadah" dan "ibadah tidak diterima". Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya, namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riya') ataupun dengan memakai pakaian curi.

Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Akan tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT?

Sesungguhnya terdapat banyak hadith yang mengesahkan bahawa puasa sebegini tidak akan diterima. Contohnya, hadith yang berbunyi:


من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه (رواه الجماعة إلا مسلما

Maksudnya lebih kurang: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya"

* Ertinya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit masih lagi mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa. ... Apatah lagi sekiranya dia meninggalkan solat.

Hal yang sama berlaku kepada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat. Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.

Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala, namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat, jika tidak diampunkan oleh Allah Ta'ala.

Maka, sepatutnya kita meletakkan di hadapan mata dan dalam hati kita, firman Allah Ta'ala:


فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره - الزلزلة: 7-8

Mafhumnya: "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)"

* Dalam ayat ini dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan meninggalkan amalan-amalan baik sekalipun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat sekalipun kecil.

Allah SWT berfirman lagi:


من عمل صالحا فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلام للعبيد - فصلت: 46

Mafhumnya: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaNya"

wAllahu a'lam

Rujukan: كتاب الفتاوى من أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام - لفضيلة الشيخ عطية صقر. الجزء الثاني

yang bertanda * , adalah penambahan saya


credit to :
http://sobahicairo.blogspot.com/2008/09/puasa-tapi-tidak-solat.html