BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 1, 2011

USIA vs MASA



“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”
( Surah Al-Asr : 1-3 )

Sebagai seorang Islam, kita adalah digalakkan mengambil tahu dan merenungkan perkara umur ini kerana ia ada hubungan dengan kebahagiaan dan masa depan kehidupan kita. Di akhirat nanti, setiap kita akan dipertanggungjawabkan tentang umur kita di hadapan Allah s.w.t.

Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk kita menggunakan umur kita itu dengan berhati-hati dan dengan amalan-amalan yang baik khasnya untuk mencapai Husnul Khatimah iaitu penghabisan umur yang baik. Dan mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaik-baiknya, maka mereka berada di dalam kerugian di dunia dan di akhirat.

'Ulama Islam Imam Ibnu al Jauzi telah membahagikan umur manusia ini menjadi lima masa iaitu:
Pertama : Masa Kanak-kanak - sejak dilahirkan hingga mencapai umur 15 tahun.
Kedua : Masa Muda - dari umur 15 tahun hingga umur 35 tahun.
Ketiga : Masa Dewasa - dari umur 35 tahun hingga umur 50 tahun.
Keempat : Masa Tua - dari umur 50 tahun hingga umur 70 tahun.
Kelima : Masa Usia Lanjut - dari umur 70 tahun hingga akhir umur yang dikurniakan oleh Allah.
Manusia dituntut supaya beribadah seolah-olah kita akan mati keesokan harinya,dan pada masa yang sama bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.Inilah keseimbangan yang perlu dilakukan oleh manusia dalam menuju kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat .

Usah persiakan umur efektif anda.Banyak yang perlukan diberi perhatian kerana pada usia inilah beban kita semakin berat samaada dari segi kerjaya,anak-anak atau penyakit yang mula menjengah....wallahu aklam

0 comments: