BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17, 2011

8 CARA MENCINTAI INSAN AGUNG NABI MUHAMMAD SAW...




Salam...

Sempena dengan bulan RabbiulAwwal ni semua orang memperkatakan tentang sayang Nabi, Rindu Nabi , Cinta nabi, sibuk dengan majlis perarakan dan sebagainya, tetapi apa yang kita lakukan adakah seperti yang kita lafazkan??. Adakah menepati dengan kehendak Islam yang sebenar dalam membuktikan cinta dan rindu?

Kadang-kadang kita kata sayang dan rindu tapi kita pun tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang dan rindu tu. Apakah caranya, menyayangi insan mulia yang telah lama meninggalkan kita dengan meninggalkan wasiat yang cukup besar mukjizatnya. So, disini lanun nak kongsikan bagaimana caranya kita mencintai Rasulullah SAW.




Ikuti Penjelasan Dibawah :

Mencintai Nabi saw satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.

Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya

Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:-

1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim

2. memberi makan orang yang susah

3. membantu orang kesempitan

4. menyampaikan hajat muslimin

5. menasihati orang yang lupa


5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:-

1. syirik

2. Menentang sunnahnya

3. berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.


7. Mendampingi penggantinya

1. mendampingi alim ulama

2. mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

1 comments:

Anonymous said...

SUBHANAALLAH... AIR MATA MENITIS APABILA MEMBACA SETIAP BAIT KATA-KATA DI ATAS. SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KERAHMATAN KEPADA NABI SWT, KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT BAGINDA... INSYAALLAH...