BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 21, 2011

RESEPI AMALAN



Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:meninggalkan yang wajib,mengerjakan yang haram
Dosa pada makhluk:menganiaya diri mereka,menganiaya harta mereka,menganiaya ahli keluarga mereka,menganiaya agama mereka


2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati
3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia – hendaklah zuhud
Manusia – hendaklah diasingkan
Syaitan – hendaklah diperangi
Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah
4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah
Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga
6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya
7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadamentaati Allah yang mengkurniakannya.

2 comments:

Aisha Ismail said...

rupe nya byk halangn hok kena hadapi..ermmm...amalan sekrg ni Tuhan terima ke x auw..tapi mintak2 diterima olehNYA amin

linzwei said...

diterima atau tidak itu bukan keje kita...tapi sebagai hamba kerja kita ialah melakukan ibadah dgn ikhlas....
walaupun kita tak dpt melihatNya tapi DIA selalu memerhatikan kita