BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

BERTAUBATLAH.....

Setiap daripada kita ini siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan? bahkan, kesemua kita pernah melakukan kesilapan, baik kecil mahupun besar. kesilapan yang besar, andai tiada padanya 'kesedaran' bahawa itu adalah kesilapan, maka kita akan terus tenggelam. tenggelamnya kita akan makin jauh dan dalam ke dasar, atau dibawa arus deras andai kita tidak berusaha menyelamatkan diri ke tebing, apa lagi untuk diselamatkan. akhirnya, kita akan jadi sesuatu selain manusia. bahkan, dosa yang kecil andai berulang-kali ia dilakukan, ia akan tetap meninggalkan impak yang besar pada hati. alangkah malangnya kita!
Sabda Rasulullah SAW : Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. [riwayat Bukhari dan Muslim].
Bahawasanya hati ini sangat mudah untuk berbolak-balik. sekejap dia beriman, sebentar lagi dia menjadi kufur. kerana lemahnya kita ini, maka perlu bagi kita kepada taubat. ya, taubat seorang hamba. kerana keterlupaan kita yang menjadi sifat dan darah-daging kita sejak zaman nabi-nabi terawal lagi, maka kita perlu untuk bertaubat, apalagi untuk perbaharui iman kita dengan kalimah 'La Ilaha IllAllah, Muhammadur Rasulullah' sesuai dengan saranan nabi SAW.
Maka ini adalah peringatan buat diri saya dan kalian semua. yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah atas pilihan saya sendiri, walau hakikatnya kedua-dua tadi datang daripada Allah jua. maka saya mengajak kalian bukan sekadar untuk bertaubat, malah memahami dan mengetahui, serta menghayati Islam kita. tubna ilAllah, wa raja'na ilAllah.

0 comments: