BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

AURAT IPAR DUAI



Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) .




Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat . Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah . Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya .




Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? . Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) . Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam .




Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan . Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya . Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu . Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

0 comments: